Pembangunan sahsiah amat penting dalam melahirkan pelajar yang berdisiplin, berfikir kreatif dan kritis, berkemahiran dalam berkomunikasi, serta berkemahiran dalam merancang dan membuat keputusan. Perbincangan kumpulan boleh dijadikan salah satu teknik pengajaran didalam kelas bagi meningkatkan keyakinan pelajar dan juga pembangunan pelajar. Kecemerlangan pelajar tidak hanya tertumpu kepada pembangunan akademik sahaja, tetapi perlu dilihat dari segi sahsiah (kualiti diri dan kepimpinan). Setiap satunya mempunyai ciri-ciri yang unik. Terdapat pelbagai teknik perbincangan yang boleh digunakan (perbincangan panel, simposium, kajian kes, dan sebagainya). Apabila kaedah perbincangan ini digunakan secara betul, ia merupakan cara yang baik untuk merangsang pemikiran pelajar. Perbincangan juga merupakan kaedah dimana pelajar dan fasilitator bertukar-tukar idea supaya mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai sesuatu topik. Perbincangan menitikberatkan percakapan, pemerhatian, dan proses pendengaran. P erbincangan menggalakkan pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain. Kaedah perbincangan kumpulan membolehkan pelajar berfikir secara konstruktif serta berkomunikasi dengan ahli kumpulan yang lain. ABSTRAK SI: Perbincangan adalah pertukaran pendapat ataupun idea.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |